February 17, 2013

UtusanRindu #1



Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum



1) 

Hari Ahad adalah hari paling bahagia bagi insan yang bekerjaya.
Mana tak nya , waktu inilah satu satunya masa untuk beristirehat menenangkan fikiran ,
lari dari bebanan kerja. Tapi lain pula bagi Ameer Zuhri .
Hari tersebut tidak mendatangkan sebarang perasaan melakukan aktiviti luar untuknya ,
lebih memilih berehat di rumah sepanjang hari membaca bahan-bahan ilmiah.

“ Eh angah , kau tak kemana mana hari ini ? selalunya pagi pagi dah lesap .
Apa mimpi anak bujang mama ni ? “ tanya Pn Salbiah . Ameer terkejut lantas memandang mamanya .
 “ Hmm tak ada apa la ma. Saja nak duduk rumah rehat. Malas nak keluar “ jawabnya.
Pn Salbi kehairanan. Tak pernah Ameer lekat kat rumah apabila hari minggu , ada saja hal nya.
Keluar dengan kawan , buah hati , soal kerja. Ini tiba-tiba tercongok kat ruang tamu . Pelik !
“ Tak ada janji dengan Mimi ke ? Mama rasa kalau seminggu tak keluar tiga empat kali bukan kamu namanya angah “ tanya Pn Salbi lagi .
 Diam . “Dengar tak mama tanya “ ujarnya lagi “Hmm .. tak ”  pendek jawabnya .
“Kenapa? ” sambung Pn Salbi. “ Kami dah putus ” Pn Salbi hanya menggeleng .
Dalam hatinya berkata sampai bila satu satunya anak lelaki beliau hendak berumahtangga .
Berkawan sebulan dua , putus . Dulu elok elok dah bertunang , lagi 3 bulan nak langsung pun putus.
Bila ditanya sebab , tak serasi jawabnya . Hmm anak anak zaman sekarang , susah nak di agak pemikirannya .



2)

“Angah ! Angah ! Sahut Pn Salbiah dari arah dapur .
“Eh mana pula perginya budak bertuah ni” gumamnya sendirian .
“ Adik , abang ngah kamu mana ? Dari tadi mama panggil tak jawab .
Kejap lagi dah nak bertolak , nanti dia tak siap lagi” tanya Pn Salbi pada anak bongsunya Amna Zahira .
“ Tak tahu . Kat atas agaknya . Nanti adik panggil” jawab Amna .

Tok tok tok ! Abang …. Oh abang .. ! Jerit Amna .
“ Abang ! Mama panggil laa . Tidur mati ke apa ! tambahnya lagi .
“ Ya …”  Lantas pintu bilik di buka . “ Ada apa dik . Kacau betul la . Suara dah la tak sedap “ usik Ameer .
“ Amboi , suka suka dia . Mama suruh siap siap , kejap lagi dah nak bertolak pergi rumah Nek Som .
Cepat sikit . Nanti mama bising lagi “ jawab Amna . Riak muka Ameer berubah .
“Nek Som mana ni ? Aduh . Kenapa angah kena pergi juga ? “ Ameer bebel .
Amna sekadar menjongketkan bahu tanda dia pun tidak tahu mengapa sebabnya .




Nama saya Ameer Zuhri Hj Sofian


No comments:

Post a Comment