January 17, 2016

Hidup Dengan Jiwa Yang Besar




BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM .





Jadilah manusia yang hidup dengan jiwa yang besar .
Sentiasa berbahagi yang baik-baik sesama yang lain .
Walau adakalanya hampa itu lebih kerap kita tadahi berbanding kebahagiaan .

Pasakkan dalam hati bahawa tiap apa yang kita beri dengan jiwa yang lapang dan tak berkira susah atau senang , In Shaa Allah pada hari-hari kemudian pasti akan ada kebaikan yang kita perolehi nanti .


Kan Allah dah beritahu : 
Pintalah , pohonlah padaKu ; 
Akan Aku perkenankan .

Bersyukurlah ;
Kelak kan Aku tambahi lagi ( nikmat-nikmat ) .



In Shaa Allah . Apa-apa pun balik pada Dia .
Memanglah susah kita nak sentiasa berlapang dada , berkongsi macam-macam atau paling selalu kita lupa - Bersyukur .

Perlahan-lahan ya ?
Kita sama-sama cuba .



Alhamdulillah , Ya Allah! :)





No comments:

Post a Comment