February 18, 2016

Doa Selepas Tasyahud Akhir ( Sebelum Salam )



BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM




Doa Selepas Tasyahud Akhir ataupun Sebelum Salam ini merujuk kepada doa yang dibacakan sejurus habis bacaan tasyahud akhir. Tasyahud ini adalah tahiyat yang lebih dikenali oleh kita yakni tahiyat awal dan tahiyat akhir. 



Merujuk petikan daripada buku ' Doa, Zikir & Munajat yang Didengari ALLAH ' oleh Zahazan Mohamed dan Mohd. Wahid Abd. Hanif --




" Daripada Ali r.a. katanya : " Adalah Rasulullah s.a.w. apabila berdiri untuk bersolat, bacaan yang terakhir yang dibacanya antara tasyahud dan salam iaitu (doa tersebut). "






" Ya Allah Ya Tuhanku,
Ampunilah dosa-dosaku yang telah aku lakukan terdahulu 
dan yang akan aku lakukan terkemudian,
dan yang aku sembunyikan dan yang aku dedahkan,
dan apa sahaja yang aku lakukan dengan berlebih-lebih,
dan apa yang Engkau lebih mengetahui daripadaku,
Engkaulah yang mendahulukan dan yang mengkemudiankan,
tiada Tuhan melainkan Engkau "




Sebelum ini aku pun tak tahu pasal doa ni. Opsss diri sendiri silap sebab tak ambil tahu. Huhu
So lepas ni boleh lah kita sama-sama baca setiap kali sebelum bangun beri salam kan ?
Mula-mula memang lah kekok dan lupa nak buat. Lepas tu macam panjang pun ada.
Tapi macam aku, aku ubah susunan ayat tuh yang menyenangkan aku ingat dan baca.
Janji maksudnya sama dengan apa yang diberitahu. Kan Allah Maha Mengetahui kan ?
In Shaa Allah, lama-lama biasalah nanti. Doa kat atas ni salah satu daripada doa-doa yang ada.
Banyak lagi doa yang simple untuk kita senang hafal dan praktikkan.
Sebagai contoh " Ya muqollibal qullub ..."
Apapun boleh la google atau cari kat mana-mana buku panduan solat :)


Jom kita usaha sama-sama !





Ma'as Salamah ~



No comments:

Post a Comment