June 21, 2016

Mak, kalau nak kahwin ?




BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM





Sejenis throwback ya.. Ihiks! Lama dah peram kat draf.. Tak juga nak post kat blog ni haa.. Heheheh.. Agak tunggang langgang la ayat. Tapi harap boleh fahamlah. Ni on the spot taip semula apa Mak cakap sebab takut lupa. ehehee


K, enjoyyyyyyyyyyyyy ~




Today ; For the first time in my life, Mak suddenly give some advices to me about Love/Marriage matter. Again - First time and happened suddenly. Reaksi ? Mestilah terkejut ! Tak pernah-pernah terbuka soal begini.It seems like advices for me but her said that syarat as she stated :
1. Seboleh-bolehnya jangan bercinta/berkahwin dengan suami orang. Not even once, BIG NO. Jangan ganggu kebahagiaan orang lain. (Tetapi jodoh pertemuan semua kerja Allah. TakdirNya kita kena percaya. Wallahua'lam. Tapi, moga dijauhkan!) 2. Jangan cuba-cuba bercinta/berkahwin dengan orang luar negara a.k.a warga asing (Okay aku terus cakap pasal cerita Cinta Teruna Kimchi. Hahaha) Katanya payah atau BUKAN MUDAH sebab tak sama adat budaya etc. (Ingat juga, jodoh itu tetap dariNya. Diri sendiri pun aku tak berapa faham macam mana nak faham orang lain dari kita? Haha) 3. Restu Mak Abah itu penting. Pentingnya adalah restu dari Ibu Bapa KEDUA-DUA BELAH PIHAK. Parents blessing is quite strong. Orang kata, yang tua makan garam dulu. Mungkin mereka tahu atau dapat rasa tak secocok. (But well, apapun balik pada Tuhan yang menentukan segalanya. Kalau dah memang jodoh, tak boleh buat apa, Tapi anak-anak kena pandai lah ambil hati ke apa. Kan ? Kan?) 4. Moga dapat cari yang Penyayang, Baik hati, Hormat orang tua, Jujur dan Berilmu (paling mustahak ilmu AGAMA nya cukup untuk membimbing). Tak kaya tak apa, tak hensem pun tak kisah janji ada kerja baik/tetap dan bersungguh dengan kita. (Moga-moga dipermudah. Semua orang nak yang terbaik kan? Kuncinya - Ubah diri dan doa apa yang diharap. Kalau kaya dengan hensem itu bonus. Tapi kan lebih elok kaya dan hensem budi pekerti dan agamanya. Aamiin) 5. Sekufu atau setaraf. Erti kata lain yang seadanya, SESUAI dengan kehidupan kita. Susah nak describe pasal nih tapi bak kata orang dulu-dulu ; Kalau nak cari biarlah seperti Enggang dengan Enggang. Sebab Enggang dengan Pipit takkan boleh terbang bersama (Bahasa mudah - Tak sesuai. Kena cari sama level ke apa macam tuh). Faham kan maksudnya? Huhuhu (Hal ini tetap juga urusan di tanganNya yang lebih mengetahui. Apapun kita kena lah usaha dan doa. Ye dak? Hehe)
Itulah sedikit sebanyak perkongsian panjang lebar yang dipetik dari Mak. Aku pun tak sangka Mak cakap macam nih. Rasa nak gelak tak sudah je. Hahahahaha. Adakah ini penanda bahawa umur aku makin tua ? Kehkehkeh.
Usaha, Doa, Tawakkal -- ALLAH SWT sentiasa tahu dan beri yang terbaik untuk kita. In Shaa Allah :)
*HanyaPerkongsianPandangan* *HarapMaafJikaAdaSalahBicaraKata*
*HidupYangEntahJodohManusiaAtauDiambilNyawa*

2 comments: