July 14, 2016

Tips Fesyen Memakai Long Shirt by ZALORA



ASSALAMUALAIKUM WBT




Apa khabar anda hari ini? Moga sihat sentiasa hendaknya :)


Kali ni punya entry berbeza sikit. Sebab apa? Haaaaa sebab kakak nak cerita pasal ZALORA Women Long Shirt.. Muehehehe ~ Ok ok sebelum mula, siapa tahu pasal si ZALORA nih? Tahu tak ZALORA tuh apa sebenarnya? Jujurlah kan, aku tahu pasal brand ZALORA ni dari iklan TV. Yang muka mamat iklan tu cuak tahap apa lepas tuh ada jerit-jerit bagai. Hahaha. Kelakar je adoyy. Based on iklan tu pun kita boleh faham yang ZALORA ni sebenarnya berkaitan apa. Interesting la juga kan buat orang tertanya hei-amende-iklan-ni-seh? Gittuwww. So basically yang semua kebanyakan tahu ZALORA ada jual macam-macam kan tak kira untuk lelaki atau perempuan. Makanya, untuk entry nih aku akan share pasal Long Shirt by ZALORA! :D


HERE WE GO ~






Long Shirt atau kemeja panjang atau senang dikenali sebagai blaus panjang sekarang telah menjadi pilihan ramai wanita baik yang bertudung mahupun tidak. Bukan sahaja digayakan sebagai pilihan pakaian kasual yang selesa dipakai, namun juga di pakai untuk ke pejabat dengan gaya yang cukup sopan dan menarik. Berbeza dengan rekaan koleksi kemeja atau blouse yang biasa kita temui di pasaran, koleksi long shirts ZALORA ini biasanya direka dengan potongan yang labuh sehingga ke paras peha ataupun mencecah hingga ke paras lutut. Maka blaus ini kelihatan lebih selesa dan kemas apabila digunapakai sama ada bersama seluar mahupun kain atau skirt panjang.






Untuk sesiapa yang ingin mencuba bergaya dengan koleksi long shirts ini, ada beberapa tips di bawah yang boleh dicuba untuk menjadikan penampilan kita jadi lebih menarik ;-


1. Kombinasi yang sangat secocok ialah dipadankan dengan jeans ataupun seluar slack. Tampak ringkas dan santai tetapi menarik.

2. Tips yang kedua ialah digalakkan memakai long shirt yang lebih besar dan longgar daripada saiz kita. Contohnya kita selalu memakai pakaian bersaiz M, maka pilihan untuk long shirt ialah saiz L untuk keselesaan sepanjang hari.

3. Penambahan pakaian luar seperti jaket ataupun cardigan boleh menyerlahkan lagi penampilan kita. Sebagai contoh, pilihan warna kosong untuk long shirt boleh disuai-padankan dengan jaket atau cardigan bercorakkan motif bunga. Pasti menarik!

4. Selain pakaian tambahan luar, aksesori seperti tali pinggang yang simple atau bertali halus dapat menyerlahkan lagi gaya kita.

5. Manakala untuk yang menginginkan gaya sopan dan santai, long shirt juga boleh dipadankan dengan skirt labuh bercorak ataupun kosong yang disesuaikan dengan warna long shirt tersebut














Cantik dan menarik kan? Nampak santai tapi masih boleh jadi elegan :) 




 Long Shirts by ZALORA




Wassalam ~

.


No comments:

Post a Comment