September 15, 2016

Jalan Tuhan --


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM





Kadang-kadang semakin kau cuba untuk menjauh pada sesuatu yang buat hati kau sakit, serasa dekat pula datangnya.

Atau - seringnya buat kau teringat-ingat.

Payahkan? 
Yang payah itu lah yang akan kau hadapi, kau lalui,

kau telan walau pahit, kau terima walau perit.

Namun cubalah kau jadi seteguh karang.

Meski ada waktu terlerai jadi butir - jauh terbawa deras ombak.

Tapi tetap ada di pepasiran pantai.

Tetap bersama menunggu ombak menyapanya saban waktu.

Sedang hakikat letaknya sentiasa tak sama entah dimana-mana.

Seperti kita yang mungkin terluka hatinya,
Dan apa sahaja ujian yang diterima,
Moga tetap utuh dan percaya ;

Jalan Tuhan bagi itu tak pernah sampai ke alamat yang salah.
Dan tiap yang jadi itu ada hikmah.
Untuk kita yang sentiasa muhasabah.

Jangan lelah ♡





No comments:

Post a Comment