October 10, 2016

Terlalu Fikirkan Dunia

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM







Terlalu fikirkan dunia yang bagaimana kau hidup adalah sesuatu yang menyesakkan. 
Kerana kau terlalu takut pada yang belum terjadi dan kau tak tahu apa akan jadi.
Sedangkan kehidupan kau di sini adalah suatu perjalanan yang sudah di atur sebaiknya oleh Tuhan.
Tetapi harus ada usaha untuk menambahi lagi kebaikan dan kebahagian yang di tetapkanNya.

Mungkin atas sebab kita melebih lebihkan yang sementara ini.
Kita makin meninggalkan keadaan di sana yang sepatutnya kita khuatiri.
Hidup yang bagaimana kita pilih untuk jalani sehari-hari - abadi.
Walhal kita sendiri tahu pengakhirannya cuma ada dua.
Bahagia atau derita?
Tapi senang senang kita lupa, kita ambil lewa.

Seumur kita sekarang ini pun tak lama.
Entah dapat sambung tahun lagi atau esok esok sudah pergi.
Masih lagi bermimpi?




------------------------------------------------------------



Hmm....... Tak tahu nak cakap apa sebenarnya. Tapi yang pasti, aku rasa 'lost' sekarang ni. Rasa macam makin teruk makin entah apa-apa. Dengan banyak kerja bertimbun-timbun. Pengurusan masa yang totally zero. Haihhhhh. Memang rasa down down down sebenarnya. Cuba gak tahan. Cuba gak fix benda jadi on track balik. Bila macam ni, terus macam rasa berat kat hati. Menyusahkan diri sebab nak kejar semua hal. Menyusahkan orang sekeliling. Itulah inilah. Buat kerja-kerja lagho padahal kerja penting tengah bersusun tunggu. Hahahaha. K, tak lawak beb. Tak lawak. Kau final year kot. Sampai bila nak main-main lagi? Hmmmmm. Tetiba rindu nak jadi macam waktu form 6 dulu. Memang lain aku yang waktu tu, dengan yang sekarang. Masuk je Uni terus malas terus sambil lewa terus eh-ikut-suka-aku nak buat apa je. Wuwuwuwuw. Please come back !!!!!!!


Harap-harap aku boleh atasi semua ini. Kena usaha! Kena! In Shaa Allah



No comments:

Post a Comment